Cara Buka Akaun Bank Islam Bagi Pelajar Baharu Universiti


Assalamualaikum WBT rakan2 sekalian. Helo3

Okay harini aku nak cerita sikit la an pasal cara2 nak buka akaun baru bank islam. Sebab selalunya siswa and siswi yg bakal nk masuk uni kena buka akaun bank masing2 ikut la panel utama kat uni korang.. N cam aku , dapat UITM and mostly dekat sana akan guna bank islam 
Actually this is just basic thing and dah ada banyak pun post sebelum ni.. But yeahh just nk share je sebab mesti ramai lagi an yg x settle lagi hal untuk uni . So maybe dapat membantu korang serba sedikit kan...

Okayyy back to the topic.... Based on aku punya pengalaman mula2 ofcoss la pergi cawangan bank islam kan and yeah mesti la ramai sebab ofc ada geng2 batch kita un yg nak buka akaun juga. 

1st of all aku akan listkan dokumen penting yg perlu dibawa
*Surat tawaran
*IC pelajar (ha IC korang la)
*Sijil Lahir pelajar
*IC mak atau ayah depend on siapa yang teman kita time tu
*duit deposit rm 100
DAN KALAU KORANG NAK BAYAR YURAN SEKALI JUST BAWA DUIT YURAN KORANG TU . 

Okay nanti korang masuk je pintu bank islam tu akan
ada pegawai yang jaga tempat ambil nombor giliran, so kita bolehlah tanya sikit-sikit dan pegawai tu akan guide kita. Nanti dia akan bagi borang buka akaun dan kita diminta isi borang tu and dia akan tick apa yang perlu kita isi.

And after dah isi tu dia akan bg kita nombor giliran. 
Ha soo tunggu la x lama un . 
Pastu bila giliran dah tiba, kita akn duduk kat kaunter tu. 
Time tu kita kena serahkan dokumen penting iaitu IC kita, Sijil lahir , IC mak/ayah, dan juga surat tawaran. 

Lepastu nanti after pegawai tu dah uruskan kita punya dokumen kita diminta untuk bg cap jari and then after satu borang dah keluar kita kena cek betul atau tidak maklumat kita. And last sekali kena tandatangan kat borang tu. 

And at the same time pegawai tu akan keluarkan satu surat tentang card kau. Dekat sini ada tulis no kad kita. 

***time ni aku datang dgn mak aku so mak aku diminta masukkan deposit rm100 tu guna machine atm tau. Ha time ni nk masukkan deposit tu guna no kad yg ada dekat surat yg aku baru mention tadi
Cara dia pergi kat atm machine tu and tekan CDM. and after tu masukkan no kad ha macam tu lah panggilan dia an. And masukkan rm100)

Sementara korang tgh tunggu kat kaunter tu  korang akan dapat card bank korang tau. Time ni korang diminta masukkan no pin yg korang nak. Ikut suka hati lah. But ingat 6 DIGIT JAAA. 

And yeahhh akhirnya selesai sudahlah urusan korang. Senang je an

Okay sekarang tiba masanya korang nk uji kad bank korang. Ha lagi2 yg x pernah guna kad bank dekat machine tu ha time ni la korang nak practice. 
Actually kita akan diminta untuk cek betul tak dalam akaun dah ada deposit rm100 tu. And yeah like aku kata tadi at the same time kita leh practice... 

Okay skg pasal nak bayar yuran and yg aku cerita sekarang ttg uitm. Kalau korg uni lain tengok la apa yang patut. 

1. Pergi kaunter mula2 tadi ambil borang deposit tunai/pembayaran bil 

2.Nanti nama korang akan dipanggil ke kaunter lagi satu tau. Dan time ni kita diminta bagi borang tu, duit yuran dan juga no akaun bil kita yg ni ada dlm website uitm kita. Kalau korang perasan ada satu part "cetak bil bayaran"

bila pegawai tu dah siap urusan pembayaran korang akan dapat bil bayaran dia resit kuning x silap
Yg ni korang kena jaga elok2 sebab ni adalah bukti yang korang dah bayar dan perlu dibawa sewaktu pendaftaran nanti 
Apa2 un TAKE NOTE!!! Simpan elok2 kalau boleh jangan lipat but masukkan la dalam file mana2 .
 
Okyy tuu jee hope membantu korg serba sedikit